Dear students and parents,
- Secara langsung bermaksud orang yang terlibat dalam kajian kerja kursus ini iaitu cikgu, rakan-rakan sekelas, orang sumber, rujukan dan seumpamanya.
- Secara tidak langsung ialah orang-orang yang membantu perkara-perkara yang mungkin menjadi faktor kejayaan atau mempermudahkan adik-adik dalam kerja kursus ini seperti memberi sokongan moral, kewangan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Di bawah ini terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan panduan.
Contoh Penghargaan Ringkas:
Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan Kajian Geografi Tempatan ini.
Kejayaan semua usaha ini sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua rakan-rakan terutama
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada Penerbit UTM selama ini.
Penghargaan khusus dirakamkan kepada __________________ yang telah mendidik UTM dengan jayanya selama lapan tahun sehinggalah saya mengambil alih tugas ini pada 1 November 2005.
Contoh Penghargaan Ringkas 2:
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kajian Geografi Tempatan/Kerja Kursus Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan buku ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. David K.Bassett, bekas Pengarah, Pusat Kajian Asia Tenggara di University of Hull, England, kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas 3 Olimpik yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk me.
Saya juga terhutang budi kepada Public Record Office, Kew serta Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atas kerjasama yang diberi kepada penulis semasa menjalankan penyelidikan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Amien kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak hasil kerja kursus saya ini.
Sekian, terima kasih.
Pls make use of the exampls given.
Ms Sue
Recent Comments